Tuesday, November 10, 2009

Terung Goreng Papaku



Resipi kali ini adalah resipi asli dari papa saya sendiri. Masa papa saya bujang dulu ni la antara masakan sayur kesukaan papa saya sampailah papa dah ada 4 orang anak....dan resipi ini resipi turun temurun keluarga kami. Kalau kami sekeluarga berkumpul di rumah, tugas menggoreng terung ni ialah adik perempuan saya yang nombor 3, siti....sebab tugas menggoreng terung ni, kena banyak bersabar...api kena sederhana, tak boleh api besar, kalau tak nanti kulit luar terung itu sahaja yang rangup, isi didalam nanti akan lembik...adik saya siti ni penyabar orangnya, sebab tu la kami beri tugas menggoreng ni kat dia...hehehehehe

Tengahari tadi, bila ternampak terung didalam peti sejuk, terus teringat resipi ni. Pada mulanya saya nak masak terung tu dengan kari ikan untuk makan tengahari esoknya, tapi cancel la....dengan happy dan fikiran melayang rindu kan keluarga saya di Malaysia, saya pun mula la menyediakan bahan-bahan untuk menggoreng terung ni.... mudah jek...

Bahan-bahan
  • 2 biji terung, dibelah 2 dan dipotong panjang..jangan potong terlalu nipis ataupun tebal.
  • 1 sudu teh rempah kari
  • 1 biji telur dipukul
  • garam secukup rasa
  • minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
Cara
  1. Campurkan rempah kari dan garam bersama telur, pukul rata
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak, api sederhana
  3. Kemudian celupkan terung ke dalam bahan telur tadi dan goreng terendam sehingga garing
  4. Hidang segera

No comments:

Post a Comment