Tuesday, December 22, 2009

Kari Kambing Tumis



 
 
Tak semua orang gemar dengan daging kambing atas sebab-sebab tertentu, tapi bagi saya daging kambing lah daging favourite saya...Kat Jeddah ni pulak susah benar nak dapat daging kambing, daging lembu memang banyak dijual di Jeddah ni...kalau pi makan kat TGI Fridays or Chillies, jangan harap la ada grill lamb chop kat menu book tu....frust jugak la, tapi nak buat macam mana, negara orang kan....

So bila dapat beli daging kambing yang fresh ni, saya pun dok la pikir apa lagi resipi untuk daging kambing ni selain daripada buat lamb chop, rendang, sup...bukak-bukak buku resipi chef wan, ada satu resipi yang menarik perhatian saya...bahan-bahannya pun semua nya dah ada di rumah ni, nak buat pun tak lah susah mana...so saya pun cuba la resipi ni....

Hasilnya, alhamdulillah...menjadi.....
 Bahan-bahan
  • 300 gram daging kambing, dipotong-potong
  • 1 biji bawang besar, dikupas dan dihiris tebal-tebal
  • 125 ml/1/2 cawan yogurt
  • garam secukup rasa
  • 30 ml cawan minyak masak
  •  1 1/2 sudu besar tomato puri
  • 1 biji tomato, dipotong bulat-bulat
  • 2 1/2 sudu besar rempah kari daging sebuk, dicampur dengan 1 sudu besar air
Ditumbuk lumat-lumat
  • 3 ulas bawang putih, dikupas
  • 1/2 sudu besar halia yang dikupas dan dicincang
  • 1 tangkai cili hijau
  • 1 tangkai cili merah
Rempah Tumis
  • 1 1/2cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
Cara
  1. Perap daging, bawang besar, yogurt, garam dan bahan tumbuk selama 15 minit
  2. Panaskan minyak masak dan tumis rempah tumis sehingga wangi. Campur tomato puri, tomato dan rempah kari. Kacau. Tambah daging yang diperap dan masak sehingga daging empuk dan kuah pekat.

4 comments:

  1. babe..macam sedap je...senang plak tu...tp daging kambing tu cukup lembut x??aku ni klu makan liat mulala sakit gigi...sakit ati!hehehe...

    ReplyDelete

  2. توفر الشركة لعملاؤها الكرام الكثير من خيارات و برامج عمليات تنظيف المنازل
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    وخبرتنا العملية و استطلاعنا الدائم لسوق خدمات تنظيف الشقق يؤكد لكم عملاؤنا الكرام انكم حتما ستجدون ما يناسب
    احتياجاتكم ضمن شرائحنا المختلفة والمتعددة المصممة خصيصا لتلبى مختلف احتياجاتكم فى اعمال تنظيف المنازل بالجبيل
    تنظيف المنازل بالقطيف انتشر بكثرة بين الناس لضمان الحصول على افضل اسعار تنظيف الشقق ذلك لأن شركات التنظيف لديها من
    العمالة ما يكفي لأنجاز المهام فى اقل مدة زمنية، ايضاَ كل شركة تنظيف من المفروض ان يتوفر بها ماكينات تنظيف مخصصة فى
    تنظيف الفلل و تنظيف القصور ونظافة المنازل وكل ماكينة تنظيف تقوم بمهام معينة يصعب على ربة المنزل القيام بها بمفردها
    مثل تنظيف القماش و لهذا يفضل إسناد المهمة إلي افضل شركة تنظيف منازل بالقطيف شركة تاج الافضل دائما 0551844053
    شركة تنظيف بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تنظيف شقق بالجبيل
    شركة تنظيف فلل بالجبيل


    شركة تنظيف مجالس بالجبيل
    شركة تنظيف منازل بالقطيف
    شركة تنظيف مجالس بالقطيف
    شركة تنظيف سجاد بالقطيف
    شركة تنظيف شقق بالقطيف

    ReplyDelete