Monday, November 9, 2009

Ikan Goreng Bercili Thai



Kalau sebut sahaja perkatan I K A N, terus terbayang-bayang rasa enak, lemak isi ikan. Saya amat gemar makan ikan, lagi-lagi kalau ikan sembilang, ikan patin.....di Jeddah ni takde ikan-ikan seperti yang disebut diatas tu.....alahai, sedapnya....rindu nya nak makan ikan sembilang masak asam pedas daun kesom, lemak cili api ikan patin....pas tu mama yang masak lauk tu .....arrrrgggghhhhhh!!!! i wish i can fly back to Malaysia now....hehehehehe......

Di Jeddah, saya terpaksa gamble jek bila beli ikan di pasar, sebab kebanyakkan ikan yang dijual saya tak kenal. Ikan yang dijual sama yang ada di Malaysia ialah ikan Kembung, Tenggiri, Kerapu...ikan lain semua ikan yang saya tak pernah jumpa di Malaysia...ada ikan colour biru, oren....macam-macam la....so bila nak masak ikan jek, kena pikir bermacam-macam resipi yang mungkin kena dengan ikannya & bahan-bahan masakannnya. Kali ni, saya cuba resipi yang pertama kali saya masak seumur hidup saya dengan ikan yang saya tak pernah kenal.....

Hasilnya, ikan yang saya masak ni sesuai untuk digoreng, tapi kalau dimasak untuk lauk yang bergulai, mungkin tak sesuai sebab kulitnya yang tebal. Percubaan kali ini berjaya.....Yeah!!!!!
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan dibersihkan...(ikan siakap amat sesuai untuk resipi ini)
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 biji kuning telur, dipukul
  • Minyak masak untuk tohor *Sos Pedas Masam
  • 3 helai daun limau purut, dihiris halus-halus
Cara
  1. Gaul rata-rata ikan dengan tepung jagung, garam, gula dan kuning telur dan goreng tohor sehingga garing. Tuskan dan bubuh didalam pinggan hidang. Keluarkan minyak dari dalam kuali dan tinggalkan anggaran 1/4 cawan untuk menumis sos
  2. Tuang Sos Pedas Masam ke atas ikan dan tabur daun limau purut ke atasnya.
*Sos Pedas Asam

Bahan-bahan
  • 8 tangkai cili merah, ditumbuk lumat-lumut
  • 2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk lumat-lumat
  • 2 sudu besar hirisan daun ketumbar
  • 1/4 cawan air asam, diperah daripada 1 sudu besar asam jawa dan 1/4 cawan air
  • 1 sudu teh cuka
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar pes tom yam
Cara
  1. Tumis cili merah, bawang putih, pes tom yam dan daun ketumbar dengan 1/4 cawan minyak masak bekas menggoreng ikan sehingga rempah wangi
  2. Masukkan air asam, cuka, gula, dan sos ikan. Kacau rata-rata dan didihkan.

No comments:

Post a Comment