Saturday, November 7, 2009

Khasiat ikan & Tips memilih, membeli ikan




Kali ni saya nak cerita sikit khasiat ikan ni...Ikan membekalkan Protein. Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan semua anggota badan dan berfungsi membina tisu, kulit, rambut, kuku dan organ dalaman termasuklah otak serta jantung. Protein digunakan sebagai sumber haba dan tenaga sekiranya bekalan lemak serta karbohidrat dalam badan tidak mencukupi. Selain membekalkan protein, ikan mengandungi nutrien lain seperti asid lemak, vitamin dan mineral. Kandungan kalori lemak dalam ikan juga rendah.Pengambilan ikan secara kerap dalam diet harian juga dikatakan dapat membantu menurunkan paras kolesterol darah, mencegah penyakit jantung dan kanser. Selain daripada itu, ianya juga menggalakan perkembangan otak bayi.

Kunci kepada hidangan ikan yang lazat ialah mutu makanannya dan cara memilih ikan dan bahannya.

Tips-tips memilih dan membeli ikan:-
  • Ikan segar mempunyai bau air laut yang segar dan bersih. Jangan beli ikan yang berbau hanyir dan busuk.
  • Jika mata ikan terbenam atau ikan kelihatan mambar, lembik apabila disentuh atau berbau hanyir, jangan membelinya! Rasanya tidak akan enak walaupun ikan itu dicuci dengan air limau atau campuran tepung dan air.
  • Ikan hendaklah kelihatan bersinar dan bersih. Mata dan kulit ikan seharusnya bersinar dan cerah, sisiknya melekat pada kulit dan insangnya merah jernih, untuk melihat insangnya perlulah menyingkap pipi ikan untuk melihatnya.
  • Daging ikan hendaklah gebu apabila ditekan.
  • Ikan cepat rosak dan perlu dimasak segera. Jangan simpan ikan lebih dari 2 hari tanpa mendinginbekukannya.
  • Apabila anda membawa pulang ikan, cuci dengan air sejuk dan keringkan dengan tuala kertas. Bungkus longgar-longgar dengan kertas lilin agar udara boleh beredar di kelilingnya dan simpan di tempat paling sejuk di dalam peti sejuk sebaik-baiknya di atas ais.
  • Seekor ikan boleh disimpan lebih lama jika disiang. Ini akan menghapuskan enzim di dalam perut yang mempercepatkan proses membusuk.
  • Ikan yang sudah dipotong berkeping-keping atau filet, ikan akan rosak lebih cepat daripada seekor ikan kerana isi yang terdedah lebih mudah diserang bakteria. Oleh sebab itu, lebih baik membeli ikan di pasar yang dipotong dengan serta merta daripada membelinya siap dipotong.
  • Sebelum memasak, ikan yang  didinginbekukan., biarkannya nyahdinginbekukan perlahan-lahan didalam peti sejuk untuk mengekalkan tekstur dan meminimumkan kehilangan kelembapan.
  • Jangan merendam ikan dengan air sejuk untuk menyegerakan proses nyahdinginbekukannya, kerana ini akan merosakkan rasa serta teksturnya, kecuali anda sedang mengejar masa.
Hem, kalau ingin mendapatkan hasil masakan yang sedap, enak dan segar....follow la tips-tips diatas ini. InsyaAllah hasilnya menakjubkan......

No comments:

Post a Comment