Thursday, November 5, 2009

No bake Oreo Cheese Cake




Cheeeeeeeeseeee Cake.....yummmmyyy.... saya teramatlah menggemari cheese cake. Tapi nak beli cheese cake kat Jeddah ni kena pikir 2,3,4 kali...nak tau sebab apa, sebab cheese cake kat sini teramatlah mahal harganya. 1 slice cheese cake kat sini SR 15.00, tu kira yang paling murah la dan rasa pun ala kadar jek. Ada satu cake shop tu nama dia 'Cheesecake Factory', haah, cheese cake yang dijual kat sini memang la sedap, tapi harganya pun sedap gak. 1 slice cake SR 18.00. Mahal kan? Nasib baik la sedap....memang sedap.

Pernah sekali tu saya nak sangat la makan cheese cake, pergi la beli cheese cake kat kedai Cheesecake Factory tu, saya beli 3 slices, yang berlainan perisa, nak share makan ngan suami saya, hem...kira la 18 X 3 berapa? tak 54 tu....SR 54.00 untuk 3 slices cake. Kalau kat Malaysia, boleh dapat 1kg cake kat Secret Recipe, siap boleh buat Birthday Cake lagi....Memang mahal cake kat sini.

Pada satu hari, saya teringin nak makan cheese cake lagi, so saya pun cuba la resipi cake yang kawan saya bagi ni...nak buat memang senang....tapi nak dapat hasil yang mengkagumkan memang susah....

Hasilnya, cantik kan gambar kek saya tu. Nampak macam sedap jek kan tapi nak tau apa suami saya kata: "sayang, ni cheese cake ke ice cream oreo" hahahahahahaha... gelak besar saya. saya pun balas la: " pandai kan sayang awak buat ice cream"...

Experiment saya kali ni tak menjadi. Resipi ni & bahan-bahannya betul, tapi saya rasa yang silap ialah cara saya mengadun bahan-bahannya. Mana taknya orang adun bahan kek pakai mixer, saya adun pakai blender, sebab saya takde mixer......so cheese yang saya adun tu tak cukup kembang kot...tu method saya lah....

Apa-apa pun tak bermakna gagal sekali, gagal selama-lamanya kan. Harus saya mencuba lagi, tapi kena ada mixer dulu.....

Bahan-bahan:
  • 2 1/2 cawan / 250g biskut oreo, dihancurkan (untuk layer bawah kek)
  • 2 1/2 cawan / 250g biskut oreo, dihancurkan (untuk hiasan diatas kek)
  • 1/2 cawan / 100g butter dicairkan
  • 1 cawan / 200g cream cheese
  • 1 tin 397g nestle susu pekat manis
  • 1 tin 170g nestle cream
  • 1 sudu teh vanilla powder
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 1 sudu teh / 10g gelatin powder dalam 1/4 cawam / 60ml air panas
Cara

  1. Gaul rata biskut oreo bersama butter yang telah dicairkan. Kemudian, tekan adunan biskut dan butter ke dasar acuan kek.Biarkan di dalam peti sejuk selama 10 minit
  2. Putar dengan kelajuan sederhana cream cheese, susu pekat manis nestle, nestle cream, vanilla powder dan jus lemon sehingga sebati & pekat
  3. kacau gelatin powder yang telah dicampur bersama air tadi bersama adunan cream cheese yang telah diputar. Setelah digaul rata, masukkan adunan ini ke dalam acuan kek yang berisi biskut oreo tadi
  4. Taburkan biskut oreo yang telah dihancurkan tadi diatas kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam untuk siap dipotong

4 comments:

  1. uish..esklim pn sedap gak tu...
    ko mmg superb la ayin..nape la aku ni MALAS..huhuhu...

    ReplyDelete
  2. alang, ko tak malas, ko rajin... tinggal lagi ko kerja, bila masa ko nak masak...kalau masak pun yang simple la selalunya...sebab masa aku kerja pun aku masak simple jek, kekadang tu makan luar, sebab balik kerja lambat...nak masak sedap-sedap pun masa weekend....

    yang aku teramat rajin sekarang ni sebab aku kerja kat umah jek....so masak tu salah satu SOP aku la...hahahahahahahah

    ReplyDelete
  3. hahahhaa..bangga dpt kwn dgn ko kerana memahami org seperti "aku"..hehehehe...

    wei..tu SOP baru ko la??heheheh...

    ReplyDelete
  4. salam..tQ resepi nie ya..hari nie bru dari SR oreo cheese cake dia memang sedap huh... 1 slice rm6.50.hehhe first time pg SR heee...sa ambik resepi ya nak cuba buat..makasih...

    ReplyDelete