Thursday, November 5, 2009

Seafood Butter Fried Rice with Grilled Salmon




Salmon adalah salah satu ikan kegemaran saya. Hem, rindunya dengan salmon sashimi. Di Jeddah, makanan Jepun / sushi teramatlah mahal. Nak buat sashimi sendiri, saya tak pandai lagi la, tapi setakat nak grill ikan salmon ni, mudah jek. Kalau dapat kepala ikan salmon sedap dimasak kari, sangat sedap.

Resipi kali ini adalah resipi rekaan saya sendiri. Niat sebenar nak grill ikan salmon tu jek, tapi rasa macam tak kenyang pula untuk hidangan tengahari, jadi saya pun merancang untuk menggoreng nasi butter ni. Cara memasaknya pun mudah. Bahan-bahan untuk resipi ini pun mudah nak dicari.

Hasilnya, nasi goreng saya kali ni menjadi cuma ikan salmon saya terlebih garing, tapi sedap jugak la dimakan....tapi kalau tak garing sangat lagi sedap...heheheheheh
Bahan menggoreng Nasi
  • Nasi Putih 1 pot
  • 6 ketul Udang Galah
  • 4 ketul sotong dipotong kasar
  • 4 biji bawang putih ditumbuk kasar
  • 10 biji lada hitam ditumbuk halus
  • 4 biji cendawan butang dipotong dadu
  • 1 batang lobak merah didadu kecil
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 sudu besar butter (untuk menumis)
  • 1 1/2 sudu besar butter (dicampur bersama nasi yang sedang digoreng)
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1/2 cawan air stok udang
  • Garam secukup rasa

Bahan pemerap Ikan Salmon
  • 2 ekor ikan salmon
  • 2 biji bawang putih ditumbuk kasar
  • 5 biji lada hitam ditumbuk kasar
  • 1 sudu teh italian seasoning
  • 1 sudu teh barbecue spice
  • 2 sudu teh Worcestershire Sauce
Perap ikan selama 30 minit


Cara menggoreng Nasi
  1. Panaskan kuali dan masukkan butter. Tumis bawang putih, lada hitam sehingga berbau wangi. Kemudian, masukkan udang, sotong, lobak merah, cendawan, sos tiram & sos ikan. Tumis selama 3 minit
  2. Masukkan stok udang dan perisakan dengan garam. Tumis sehingga pekat.
  3. Kemudian, masukkan telur dan ratakan telur bersama bahan tumis. Selepas itu, masukkan nasi dan gaul rata nasi bersama bahan tumis dan telur
  4. Masukkan butter dan ratakan dengan nasi.
  5. Hidang segera

Cara memanggang Ikan Salmon
  1. Panaskan Grill Pan dan masukkan minyak sayur. Kemudian, panggang ikan salmon yang telah diperap tadi sehingga masak & berwarna perang. 
  2. Hidang segera bersama nasi goreng butter tadi.


.






































No comments:

Post a Comment