Saturday, October 31, 2009

Daging Puteri Manis



Daging mengandungi zat-zat protein, besi dan zink, dan ia memainkan peranan penting dalam pemakanan yang sihat. Ia juga merupakan sumber yang ideal bagi serangkaian vitamin B-niacin, riboflavin dan juga thiamine. Vitamin-vitamin ini penting bagi membolehkan tubuh kita menyerap zat-zat dalam makanan bagi mengeluarkan tenaga dan pembentukan sel-sel darah merah.

Di Jeddah, saya sangat suka beli daging.....nak tau sebab apa... daging fresh dijual di pasaraya sini. Daging unta lagi la fresh kat sini, cuma saya belum pernah mencubanya. Ada orang kata, dagingnya sedikit liat tapi sedap. Hem, InsyaAllah nanti saya akan cuba. Ada diantara kita termasuk la diri saya sendiri, amat susah nak pikirkan resipi untuk daging ni kan, selalunya yang orang akan masak dengan daging ni ialah rendang daging, daging masak kicap. daging goreng bercili. Kali ni, saya ingin mencuba resipi daging yang saya tak pernah masak & tak pernah merasa jenis masakan ini. Hasilnya, amat menakjubkan......Alhamdulillah....
Bahan-bahan
  • 55 gram minyak sapi, 1/4 cawan minyak sapi
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 tangkai daun kari
  • 3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
  • 10 ulas bawang merah, dikupas dan dicincang halus-halus
  • 4 sudu besar pes cili
  • 1 sudu besar ketumbar serbuk
  • 2 sudu teh jintan putih/ halus serbuk
  • 1 sudu teh jintan manis/ kasar serbuk
  • 500 gram daging lembu bahagian betis atau belikat; didadu
  • 250 ml /1 cawan air
  •  60ml / 1/4 cawan air asam, diperah daripada 2 sudu besar asam jawa dan 60 ml/1/4 cawan air
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula
  • 2 biji ubi kentang, dikupas, dipotong baji dan digoreng terendam
  • 2 biji tomato, dipotong empat
  • 1 biji bawang besar, dikupas dan dihiris bulat-bulat
Cara
  1. Panaskan minyak sapi didalam kuali. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, dan daun kari. Tambah bawang putih, bawang merah dan halia
  2. Masukkan pes cili, ketumbar, jintan putih/halus dan jintan manis/kasar serbuk. Goreng sehingga wangi
  3. Masukkan daging dan air. Kacau rata-rata dan renihkan selama 30 minit sehingga daging empuk dan kuah pekat
  4. Campur air asam, garam dan gula. Kacau rata-rata sebelum menambah ubi kentang, tomato dan bawang besar. Masak lagi selama 2 minit


5 comments:

  1. hehe..tokleh thn ayat..."daging mengandungi zat-zat protein" kate dia..hehehe...sungguh informatif..mcm tgk majalah 3 plak rasenya...btw, syabas ayin....sungguh menggiurkan lauk pauk kamu ini...aku sgt teruja..akan aku usulkan pada mak aku resepi2 ko ini....hehehehe...tampak lazat sekali.... :)

    ReplyDelete
  2. macikk..i see your blog is finally up and running. pls update constantly kerana saya sangat excited untuk mencuba resipi2 yang ada. penggunaan bahasa di blog ini juga sangat mengkagumkan saya. maka harus saya pun meninggalkan komen dengan menggunakan ayat penuh :P

    ReplyDelete
  3. aai: hehehehe....selamat mencuba....

    bee: macikkkkk, Bahasa melambangkan bangsa... betapa sopan santun kan ayat aku...hehehehehe. boleh jadik cikgu BM tak?

    ReplyDelete
  4. bahasa melambangkan bangsa...ngeh ngeh ngeh..tengkek ayin!! ;p

    ReplyDelete