Tuesday, December 22, 2009

Kari Kambing Tumis



 
 
Tak semua orang gemar dengan daging kambing atas sebab-sebab tertentu, tapi bagi saya daging kambing lah daging favourite saya...Kat Jeddah ni pulak susah benar nak dapat daging kambing, daging lembu memang banyak dijual di Jeddah ni...kalau pi makan kat TGI Fridays or Chillies, jangan harap la ada grill lamb chop kat menu book tu....frust jugak la, tapi nak buat macam mana, negara orang kan....

So bila dapat beli daging kambing yang fresh ni, saya pun dok la pikir apa lagi resipi untuk daging kambing ni selain daripada buat lamb chop, rendang, sup...bukak-bukak buku resipi chef wan, ada satu resipi yang menarik perhatian saya...bahan-bahannya pun semua nya dah ada di rumah ni, nak buat pun tak lah susah mana...so saya pun cuba la resipi ni....

Hasilnya, alhamdulillah...menjadi.....

Tuesday, November 10, 2009

Terung Goreng Papaku



Resipi kali ini adalah resipi asli dari papa saya sendiri. Masa papa saya bujang dulu ni la antara masakan sayur kesukaan papa saya sampailah papa dah ada 4 orang anak....dan resipi ini resipi turun temurun keluarga kami. Kalau kami sekeluarga berkumpul di rumah, tugas menggoreng terung ni ialah adik perempuan saya yang nombor 3, siti....sebab tugas menggoreng terung ni, kena banyak bersabar...api kena sederhana, tak boleh api besar, kalau tak nanti kulit luar terung itu sahaja yang rangup, isi didalam nanti akan lembik...adik saya siti ni penyabar orangnya, sebab tu la kami beri tugas menggoreng ni kat dia...hehehehehe

Tengahari tadi, bila ternampak terung didalam peti sejuk, terus teringat resipi ni. Pada mulanya saya nak masak terung tu dengan kari ikan untuk makan tengahari esoknya, tapi cancel la....dengan happy dan fikiran melayang rindu kan keluarga saya di Malaysia, saya pun mula la menyediakan bahan-bahan untuk menggoreng terung ni.... mudah jek...

Bahan-bahan
  • 2 biji terung, dibelah 2 dan dipotong panjang..jangan potong terlalu nipis ataupun tebal.
  • 1 sudu teh rempah kari
  • 1 biji telur dipukul
  • garam secukup rasa
  • minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
Cara
  1. Campurkan rempah kari dan garam bersama telur, pukul rata
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak, api sederhana
  3. Kemudian celupkan terung ke dalam bahan telur tadi dan goreng terendam sehingga garing
  4. Hidang segera

Monday, November 9, 2009

Ikan Goreng Bercili Thai



Kalau sebut sahaja perkatan I K A N, terus terbayang-bayang rasa enak, lemak isi ikan. Saya amat gemar makan ikan, lagi-lagi kalau ikan sembilang, ikan patin.....di Jeddah ni takde ikan-ikan seperti yang disebut diatas tu.....alahai, sedapnya....rindu nya nak makan ikan sembilang masak asam pedas daun kesom, lemak cili api ikan patin....pas tu mama yang masak lauk tu .....arrrrgggghhhhhh!!!! i wish i can fly back to Malaysia now....hehehehehe......

Di Jeddah, saya terpaksa gamble jek bila beli ikan di pasar, sebab kebanyakkan ikan yang dijual saya tak kenal. Ikan yang dijual sama yang ada di Malaysia ialah ikan Kembung, Tenggiri, Kerapu...ikan lain semua ikan yang saya tak pernah jumpa di Malaysia...ada ikan colour biru, oren....macam-macam la....so bila nak masak ikan jek, kena pikir bermacam-macam resipi yang mungkin kena dengan ikannya & bahan-bahan masakannnya. Kali ni, saya cuba resipi yang pertama kali saya masak seumur hidup saya dengan ikan yang saya tak pernah kenal.....

Hasilnya, ikan yang saya masak ni sesuai untuk digoreng, tapi kalau dimasak untuk lauk yang bergulai, mungkin tak sesuai sebab kulitnya yang tebal. Percubaan kali ini berjaya.....Yeah!!!!!

Saturday, November 7, 2009

Khasiat ikan & Tips memilih, membeli ikan




Kali ni saya nak cerita sikit khasiat ikan ni...Ikan membekalkan Protein. Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan semua anggota badan dan berfungsi membina tisu, kulit, rambut, kuku dan organ dalaman termasuklah otak serta jantung. Protein digunakan sebagai sumber haba dan tenaga sekiranya bekalan lemak serta karbohidrat dalam badan tidak mencukupi. Selain membekalkan protein, ikan mengandungi nutrien lain seperti asid lemak, vitamin dan mineral. Kandungan kalori lemak dalam ikan juga rendah.Pengambilan ikan secara kerap dalam diet harian juga dikatakan dapat membantu menurunkan paras kolesterol darah, mencegah penyakit jantung dan kanser. Selain daripada itu, ianya juga menggalakan perkembangan otak bayi.

Kunci kepada hidangan ikan yang lazat ialah mutu makanannya dan cara memilih ikan dan bahannya.

Tips-tips memilih dan membeli ikan:-
  • Ikan segar mempunyai bau air laut yang segar dan bersih. Jangan beli ikan yang berbau hanyir dan busuk.
  • Jika mata ikan terbenam atau ikan kelihatan mambar, lembik apabila disentuh atau berbau hanyir, jangan membelinya! Rasanya tidak akan enak walaupun ikan itu dicuci dengan air limau atau campuran tepung dan air.
  • Ikan hendaklah kelihatan bersinar dan bersih. Mata dan kulit ikan seharusnya bersinar dan cerah, sisiknya melekat pada kulit dan insangnya merah jernih, untuk melihat insangnya perlulah menyingkap pipi ikan untuk melihatnya.
  • Daging ikan hendaklah gebu apabila ditekan.
  • Ikan cepat rosak dan perlu dimasak segera. Jangan simpan ikan lebih dari 2 hari tanpa mendinginbekukannya.
  • Apabila anda membawa pulang ikan, cuci dengan air sejuk dan keringkan dengan tuala kertas. Bungkus longgar-longgar dengan kertas lilin agar udara boleh beredar di kelilingnya dan simpan di tempat paling sejuk di dalam peti sejuk sebaik-baiknya di atas ais.
  • Seekor ikan boleh disimpan lebih lama jika disiang. Ini akan menghapuskan enzim di dalam perut yang mempercepatkan proses membusuk.
  • Ikan yang sudah dipotong berkeping-keping atau filet, ikan akan rosak lebih cepat daripada seekor ikan kerana isi yang terdedah lebih mudah diserang bakteria. Oleh sebab itu, lebih baik membeli ikan di pasar yang dipotong dengan serta merta daripada membelinya siap dipotong.
  • Sebelum memasak, ikan yang  didinginbekukan., biarkannya nyahdinginbekukan perlahan-lahan didalam peti sejuk untuk mengekalkan tekstur dan meminimumkan kehilangan kelembapan.
  • Jangan merendam ikan dengan air sejuk untuk menyegerakan proses nyahdinginbekukannya, kerana ini akan merosakkan rasa serta teksturnya, kecuali anda sedang mengejar masa.
Hem, kalau ingin mendapatkan hasil masakan yang sedap, enak dan segar....follow la tips-tips diatas ini. InsyaAllah hasilnya menakjubkan......

Thursday, November 5, 2009

No bake Oreo Cheese Cake




Cheeeeeeeeseeee Cake.....yummmmyyy.... saya teramatlah menggemari cheese cake. Tapi nak beli cheese cake kat Jeddah ni kena pikir 2,3,4 kali...nak tau sebab apa, sebab cheese cake kat sini teramatlah mahal harganya. 1 slice cheese cake kat sini SR 15.00, tu kira yang paling murah la dan rasa pun ala kadar jek. Ada satu cake shop tu nama dia 'Cheesecake Factory', haah, cheese cake yang dijual kat sini memang la sedap, tapi harganya pun sedap gak. 1 slice cake SR 18.00. Mahal kan? Nasib baik la sedap....memang sedap.

Pernah sekali tu saya nak sangat la makan cheese cake, pergi la beli cheese cake kat kedai Cheesecake Factory tu, saya beli 3 slices, yang berlainan perisa, nak share makan ngan suami saya, hem...kira la 18 X 3 berapa? tak 54 tu....SR 54.00 untuk 3 slices cake. Kalau kat Malaysia, boleh dapat 1kg cake kat Secret Recipe, siap boleh buat Birthday Cake lagi....Memang mahal cake kat sini.

Pada satu hari, saya teringin nak makan cheese cake lagi, so saya pun cuba la resipi cake yang kawan saya bagi ni...nak buat memang senang....tapi nak dapat hasil yang mengkagumkan memang susah....

Hasilnya, cantik kan gambar kek saya tu. Nampak macam sedap jek kan tapi nak tau apa suami saya kata: "sayang, ni cheese cake ke ice cream oreo" hahahahahahaha... gelak besar saya. saya pun balas la: " pandai kan sayang awak buat ice cream"...

Experiment saya kali ni tak menjadi. Resipi ni & bahan-bahannya betul, tapi saya rasa yang silap ialah cara saya mengadun bahan-bahannya. Mana taknya orang adun bahan kek pakai mixer, saya adun pakai blender, sebab saya takde mixer......so cheese yang saya adun tu tak cukup kembang kot...tu method saya lah....

Apa-apa pun tak bermakna gagal sekali, gagal selama-lamanya kan. Harus saya mencuba lagi, tapi kena ada mixer dulu.....

Seafood Butter Fried Rice with Grilled Salmon




Salmon adalah salah satu ikan kegemaran saya. Hem, rindunya dengan salmon sashimi. Di Jeddah, makanan Jepun / sushi teramatlah mahal. Nak buat sashimi sendiri, saya tak pandai lagi la, tapi setakat nak grill ikan salmon ni, mudah jek. Kalau dapat kepala ikan salmon sedap dimasak kari, sangat sedap.

Resipi kali ini adalah resipi rekaan saya sendiri. Niat sebenar nak grill ikan salmon tu jek, tapi rasa macam tak kenyang pula untuk hidangan tengahari, jadi saya pun merancang untuk menggoreng nasi butter ni. Cara memasaknya pun mudah. Bahan-bahan untuk resipi ini pun mudah nak dicari.

Hasilnya, nasi goreng saya kali ni menjadi cuma ikan salmon saya terlebih garing, tapi sedap jugak la dimakan....tapi kalau tak garing sangat lagi sedap...heheheheheh

Saturday, October 31, 2009

Daging Puteri Manis



Daging mengandungi zat-zat protein, besi dan zink, dan ia memainkan peranan penting dalam pemakanan yang sihat. Ia juga merupakan sumber yang ideal bagi serangkaian vitamin B-niacin, riboflavin dan juga thiamine. Vitamin-vitamin ini penting bagi membolehkan tubuh kita menyerap zat-zat dalam makanan bagi mengeluarkan tenaga dan pembentukan sel-sel darah merah.

Di Jeddah, saya sangat suka beli daging.....nak tau sebab apa... daging fresh dijual di pasaraya sini. Daging unta lagi la fresh kat sini, cuma saya belum pernah mencubanya. Ada orang kata, dagingnya sedikit liat tapi sedap. Hem, InsyaAllah nanti saya akan cuba. Ada diantara kita termasuk la diri saya sendiri, amat susah nak pikirkan resipi untuk daging ni kan, selalunya yang orang akan masak dengan daging ni ialah rendang daging, daging masak kicap. daging goreng bercili. Kali ni, saya ingin mencuba resipi daging yang saya tak pernah masak & tak pernah merasa jenis masakan ini. Hasilnya, amat menakjubkan......Alhamdulillah....